BENGKEL PECUTAN AKHIR MATEMATIK PT3 – PENDAFTARAN DIBUKA!

Spread the word!

Latar Belakang

Ketika di bangku sekolah rendah, kedai buku adalah sesuatu yang sangat asing bagi saya. Disebabkan halangan kewangan, buku latih tubi saya kategorikan sebagai kemewahan yang tak boleh mudah-mudahnya minta beli.
Jadi saya cari penyelesaian sendiri.

Saya perasan kebanyak soalan hampir sama coraknya, jadi saya buat soalan sendiri.

Sebaik sahaja saya dapat faham sesuatu konsep, saya akan buat latihan yang cikgu beri, kemudian saya terus reka soalan sendiri, dan serah kepada guru untuk semak jawapan saya. Kadang-kadang cikgu pening dengan soalan saya, dan bertanya, “Mana awak dapat soalan macam ni?”
Saya akan tersengih sambil menjawab, “Saya reka sendiri”

Dan cikgu akan terangkan kenapa soalan saya terlalu rumit, atau di luar sukatan, atau tak mungkin ditanyakan.

Langsung tidak saya ketahui bahawa apa yang saya amalkan sebenarnya berkait dengan pedagogi dalam Matematik.

Oleh itu, saya berharap untuk mengadakan Bengkel Pecutan Akhir menjelang PT3 yang bakal tiba.

Sasaran peserta

Sekiranya ada pelajar tingkatan 3 yang bakal menduduki peperiksaan PT3 minggu hadapan, dan

– masih belum faham konsep asas Matematik
– keliru dan belum dapat bezakan antara luas dan perimeter
– nak tahu macam mana pindah huruf di dalam rumus algebra
– tak jelas bagaimana menggunakan theorem phytagora’s
– sukar memahami kehendak soalan

Mungkin anda boleh sertai Bengkel Pecutan Akhir Matematik PT3 ini dan dapatkan jawapannya inshaAllah.

Waktu sangat singkat, tetapi jangan putus asa! Kita usaha bersama-sama inshaAllah.

Strategi

Bengkel Pecutan Akhir Matematik PT3 ini akan menggunakan strategi berikut:

1- Semua tajuk sepanjang tingkatan 1-3 akan disusun semula kepada kumpulan bab yang ‘hampir sama nature’
2- Ini menjadikan dari hampir 30 bab Matematik, dimampatkan kepada 9-10 kumpulan sahaja
3- Kaitan antara bab ini akan dijelaskan kepada pelajar supaya lebih mudah difahami.
4- Hubungan antara kumpulan bab ini jika difahami, akan lebih mudah dicerna
5- Jadi, kita akan pecut mengikut kumpulan bab
6- Setiap kumpulan bab mengambil masa 15-30 minit sahaja inshaAllah

Bengkel ini TAK SESUAI untuk pelajar yang memang dah mahir, dan selalu skor A untuk subjek Matematik.

Sebab penekanan akan diberikan kepada konsep asas yang wajib diketahui dalam setiap kumpulan bab, supaya sekurang-kurangnya, pelajar dapat memahami apa sebenarnya makna dan tujuan setiap konsep tersebut, inshaAllah.

Pendaftaran

Pendaftaran boleh dibuat di pautan ini: events.dukkanmaya.com. Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh ajukan kepada Afifah, 013-941 9984 (PIC)

matematik pt3


Spread the word!

Related Post