Bengkel Pecutan Akhir Matematik PT3

Spread the word!

Semester lepas, saya perlu siapkan satu esaimen tentang ‘Keajaiban Nombor’ di dalam Al-Qur’an.
Dengan asbab tugasan tersebut, saya dapat tahu tentang satu perkara yang sangat menarik tentang surah Yasin- yang diberi gelaran ‘jantung/hati’ Al-Qur’an. Menyebabkan saya menulis sebuah entri yang bertajuk ‘Belajar Mengira Dengan Surah Yasin’. Mungkin pernah baca di sini
 
Secara mudahnya, saya belajar bagaimana dengan kiraan nombor dapat menunjukkan bahawa Surah Yasin
berperanan sebagai ‘Qalb Al-Quran’.
 
Ini cuma salah satu manifestasi kedudukan ilmu hisab/kira-kira/Matematik dari sisi Islam.
 
Peristiwa ini mengingatkan tentang kegemaran saya satu ketika dahulu- iaitu, Matematik.
 
Dari secebis pengalaman menjadi tutor kepada beberapa orang pelajar, saya mendapati kebanyakan pelajar
‘give up’ untuk menyelesaikan masalah matematik kerana beberapa sebab:
 
1- tak dapat genggam (grasp) konsep
2- tak dapat ‘relate’ Matematik dengan kehidupan. As they always say “I stopped understanding Math when the alphabets decided to get involved”
3- tak faham kehendak soalan. As they define, “Math: the only place where you have to figure out the ratio of yellow candy to blue candy when all you’re thinking about is eating them”
 
Jadi, idea Bengkel Pecutan Akhir Matematik ini timbul dari keseronokan saya secara peribadi untuk berkongsi
dengan adik-adik pelajar yang akan menduduk PT3 minggu depan.
 
Memang pecut sepecutnya inshaAllah, sebab dalam 4 jam sahaja, kita akan berusaha untuk faham konsep matematik tingkatan 1- 3. Silibus 3 tahun akan dimampatkan kepada bengkel 4 jam sahaja , inshaAllah. Semoga Allah permudahkan.
 
Kenapa sesingkat 4 jam? Cukup ke?
InshaAllah cukup, sebab fokus dalam masa yang singkat mampu memberikan impak maksima.
 
Bagaimana nak capai objektif pecutan tu?
Saya akan kongsikan dalam post akan datang inshaAllah.
 
Tetapi jika ada yang berminat, boleh tinggalkan komen di bawah, dan team saya akan follow up semula inshaAllah apabila borang pendaftaran ready.
 
Butiran Bengkel adalah seperti berikut:
Tarikh: 7 oktober 2017
Masa:
Sesi 1: 8.30pg-1ptg, atau
Sesi 2: 2ptg-6.30ptg
Tempat: Gombak/Batu Caves
 
Boleh pilih samada nak sertai Sesi 1 atau 2.
Kalau yang duk jauh Shah Alam, Rawang ke, inshaAllah boleh datang sesi petang.
 
Yuran individu: RM 80
Jika mendaftar secara berkumpulan 5 orang: Diskaun 10%
 
Panjang-panjangkan, terima kasih! :)
bengkel-math

Spread the word!

Related Post