Borang Pesanan Noktah Terjahit

Spread the word!

WhatsApp Image 2017-08-15 at 20.57.31

 

Buku ini adalah kumpulan refleksi peribadi yang terhasil selepas pengalaman demi pengalaman yang dilalui merentasi ranjau kehidupan yang masih baru. Ada yang berkait emosi, ada juga tentang kemiskinan, kebebasan, kedewasaan, pencarian kebenaran, dan tentunya berkait keperempuanan.

Saya percaya setiap orang ada noktah masing-masing, tetapi tidak semua sanggup berhenti sejenak mengumpul kekuatan untuk menghubungkan noktah-noktah mereka. Saya pernah di situ, enggan menoleh dan mahu terus berlari mengejar ego sendiri. Tetapi langkah awal untuk menyambung episod-episod ini menuntut keberanian yang tinggi bagi menelan pahit kekurangan diri.

Ringkas sahaja. Kerana saya berharap Noktah Terjahit menjadi pembuka kepada pembaca untuk menghubungkan noktah masing-masing. Saya hanya mahu berkongsi dengan sederhana, dan mengabadikan kesementaraan yang sebentar cuma.

Ya, hidup yang sementara, seperti yang bonda saya ajarkan setelah tiada;

Sesementara lukisan yang diukir di atas tanah kemudian dibasuh oleh air laut yang bergelombang, sekejap itulah realiti kehidupan dunia.

Harga: RM 25 seunit

Penghantaran:

1-4 unit

Semenanjung : RM 8 || Borneo : RM 11

Akaun Pembayaran:

7613951372 (cimb:nik nur madihah)

Cara-cara pembelian:

1- Masukkan pembayaran ke akaun yang diberikan

2- Isi maklumat di dalam borang. Masukkan pesanan anda seperti ‘ucapan untuk Fatimah yang akan mendirikan rumah tangga etc etc’ jika ada.

3- Borang anda akan diproses dalam masa 1-2 hari bekerja

4- Tracking number untuk pesanan anda akan dihantar melalui whatsapp

5- Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi 018-207 2647 (DukkanMaya)

Nama:*
Emel (jika ada):
No Telefon:*
-
Alamat Penghantaran:*
Butiran Pembayaran:*
Pesanan (jika ada):

Spread the word!

Related Post