Jemputan Menjadi Affiliate DukkanMaya

Spread the word!

Assalamualaikum wbt.

DukkanMaya ialah satu platform atas talian (buat masa ini) yang saya bangunkan bersama teman-teman rapat yang berkongsi aspirasi yang sama, iaitu, ke arah menjadi ummat Islam yang cukup diri. Dengan kata lain, cukup diri kerana dicukupkan Ilahi.

Kami adalah anak muda Muslim yang berhasrat mencipta peluang untuk maju dalam hidup dan cukupdiri, penyumbang positif untuk ummah. Kami percaya kepada urusniaga dan muamalat yang sihat dan prihatin, sebagaimana yang digalakkan dalam Islam. Kami mahu meneroka dan menghidupkan jalan baginda RasuluLlah SAW menerusi wadah ini.

Dalam usaha untuk membawa perubahan, kami percaya akan kebersamaan untuk saling memberi sumbangan, supaya kita dapat saling menyokong antara satu sama lain dalam menerima. Justeru itu, kami menyeru dan mempromosikan budaya penghasilan dan penyebarluasan produk dan perkhidmatan yang bermanfaat oleh usahawan ummah, jauh dan dekat.

Dengan melakukan itu, kami berharap untuk memperoleh dan berkongsi manfaat duniawi sepertimana kami berusaha untuk meraih keredhaan Sang Pencipta.

Kami mensasarkan ummah, kami mulakan dengan diri sendiri. Jika anda juga percaya dengan aspirasi yang sama, ayuh sokong dan sertai kami!

Oleh itu, kami ingin membuka ruang untuk menjadi sebahagian dari team DukkanMaya, dengan menjadi Affiliate DukkanMaya.

Prosedur untuk menjadi Affiliate DukkanMaya

1- Isi borang di bawah dan tekan hantar. Permohonan dibuka dari 16-18 oktober 2017 inshaAllah.

2- Kami akan membuat saringan dan pemilihan.

3- Permohonan yang berjaya akan dihubungi semula untuk membuat pendaftaran.

4- Yuran komitmen selepas bersetuju untuk menjadi Affiliate DukkanMaya ialah RM20 sahaja. Sekali seumur hidup.

5- Anda akan dimasukkan ke dalam grup telegram Affiliate DukkanMaya.

Keistimewaan menjadi Affiliate DukkanMaya

1- Sama-sama meluaskan aspirasi ke arah menjadi ummat yang self sufficient

2- Keutamaan jemputan ke acara yang akan diadakan

3- Pertama akan diberitahu apabila terdapat tawaran

4- Diskaun istimewa untuk kelas-kelas yang akan diadakan inshaAllah :

  • Muamalah
  • Pembangunan laman web
  • Pemasaran
  • Design

Peranan & Tanggungjawab Affiliate DukkanMaya

1- Kongsi bahan yang akan dibekalkan oleh HQ

2- Melakukan komunikasi dengan pengguna akhir, termasuk mengambil pesanan dan follow up

3- Masukkan pesanan ke dalam sistem

4- Menyampaikan tracking number kepada pembeli

Komisen untuk setiap jualan

Untuk setiap jualan, kami menawarkan komisen sebanyak 10%, atau lebih bergantung kepada produk. Juga, tidak terhad kepada produk fizikal semata-mata.

Apapun, komisen cerita nanti.

Kami cuma mencari orang-orang yang ingin membangun bersama. Jemput jawab temuduga istimewa berikut jika anda berminat. :)

Sebarang pertanyaan, hubungi 018-207 2647.

Terima kasih.

Menetap di mana? Cth: Shah Alam, Besut, Kota Bharu
Cth: makanan, baju, buku
Jika tiada, masukkan pendidikan tertinggi seperti SPM, PMR, Madrasah etc
Anda boleh juga memberikan jawapan lain.

Spread the word!

Related Post