Kapitalis Dakwah

Spread the word!

Saya sangat tidak percaya akan idea menggunakan (baca: menyalahgunakan) wanita sebagai alat dakwah (kononnya) dengan meletakkan perempuan berpipi gebu berbibir merah mungil tinggi lampai suara lunak merdu bak buluh perindu (yang kadang-kadang dibuat-buat), lalu disarungkan dengan busana muslimah berwarna-warni bak pelangi selepas hujan, mengalunkan lagu memuja Tuhan, kononnya wasilah menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

Come on, satu ketika kita lantang menentang penggunaan wanita-wanita seksi yang pakaian tak cukup inci sebagai alat melariskan jualan komoditi yang langsung tidak ada kaitan dengan perempuan pun. 

Kita kata, ah ini semua salah Barat.

Namun, di ketika yang sama, kita datangkan kembali perkara yang serupa cuma dalam wajah yang berbeza. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Mengetengahkan Islam ke dalam masyarakat bukan begitu caranya. Mahu mengajak orang mengenali ajaran Islam bukan itu kaedahnya. Saya malah masih mampu berpandangan positif terhadap wanita-wanita Islam di luar sana yang masih/tidak menutup aurat, kerana sebahagiannya adalah urusan mereka dengan Tuhan, setelah bahagian menyampaikan telah kita laksanakan.

Tapi saya sumpah sakit hati melihat gejala makhluk-makhluk yang memperguna kemuslimahan demi kepentingan kocek sendiri makin berleluasa. Malah memperdaya wanita-wanita ini kononnya mereka telah melakukan satu kebaikan demi Islam, sedangkan di luar sana, betapa ramai mata yang memandang wajah putih bersih mereka dengan rakus, bahkan mewujudkan budaya ikut-ikutan; “pandanglah aku. aku muslimah dan aku masih bergaya, in trend seiring peredaran masa”

107884-Capitalism+funny+cartoon+image

 

kredit foto.

Khadijah r.a. dipuja kemahiran berniaganya yang meletakkan nama seiring ahli-ahli korporat lelaki zamannya, Aisyah r.a. disebut-sebut kebijaksanaanya sedangkan Fatimah r.a. dikagumi ketinggian pekertinya.

Sejak bila wanita Islam perlu bertata rias berdandan indah untuk tampil ikonik? Panggil saya skeptik, saya tak peduli, kerana saya percaya kami perempuan Islam ada nilai yang jauh lebih tinggi berbanding harga yang diletakkan kapitalis-kapitalis dunia bertopengkan Islamis.

 


Spread the word!

Related Post

2 Comments