Kenapa Rasulullah SAW ialah Pedagang? (Bhg 2)

Spread the word!

Segara Menduga

Kita wujud kerana saling melengkapi.

Tidak ada manusia yang mampu tinggal sendiri semata-mata. Wujud kita di muka Bumi ini untuk memakmurkan alam.

Dan ekonomi Islam adalah keindahan yang perlu digali semula.

Ekonomi yang berteraskan keadilan dan kesaksamaan, di mana setiap individu berhak merasa peluang yang sama kerana dipaksikan dengan aqidah yang mentauhidkan Allah sebagai satu-satunya yang Maha Memberi Rezeki kepada para hambaNya.

Di era kapitalis yang memburu dunia, ummat Islam perlu bangkit menentang arus. Sukar, mengenal permata di timbunan kaca. Memilih dengan sebenar-benar pilihan, untuk bersetia dengan kebenaran.

Perniagaan adalah segara yang menduga.

Ke mana kapal akan dibawa, laluan mana akan diguna, bekalan apa yang dibawa, krew bagaimana yang bersama, adalah faktor utama yang menentukan kejayaan tiba ke destinasi.

Semua Orang Berniaga?

Di akhir pembentangan, ustaz mengucapkan tahniah. Tidak lupa, dia menguji dengan soalan yang mencabar untuk saya: “If you’re saying that there’s so much importance in doing business, should we all do business then?”

Spontan saya menjawab, “That is a very good question..” melemparkan senyum, teruja sebenarnya dengan soalan ustaz dan meluahkan pendapat yang terbuku di hati.

Ya, betul, tak semua dari kita akan terlibat secara langsung sebagai peniaga atau ahli ekonomi, mahupun usahawan. Apa yang penting cuba saya sampaikan melalui pembentangan tadi adalah beberapa perkara yang perlu kita beri perhatian dalam menjalani kehidupan sebagai orang Islam.

Perniagaan dalam Islam adalah satu proses memupuk karakter yang terpuji dan akhlak yang mulia. Berbeza dengan konsep perniagaan yang bertuhankan nafsu, di mana para pemain dalam sektor ekonomi berlumba-lumba menjatuhkan dan membenarkan apa sahaja cara demi mencapai keuntungan, Islam mengajar sebaliknya.

Justeru itu, Rasulullah SAW menjadi suri tauladan yang terbaik dalam aspek kejujuran dan sikap amanah ini. Nabi Muhammad SAW menjadi bukti bahawa dengan bersikap jujur dan amanah, baginda juga meraih keuntungan dan kekayaan seperti para peniaga lain.

“Jika mereka (pembeli dan penjual) jujur dan berterus terang (tentang keadaan barangan dan pembayaran), Allah Akan memberkati urusniaga terbabit. Tetapi jika mereka menipu dan cuba menyembunyikan, ia akan hilang keberkatan” – sabda Rasulullah SAW

Dan untuk kita orang Islam, ada satu elemen paling penting, lebih dari kekayaan material yang perlu dipertimbangkan apabila menjalankan perniagaan – itulah keberkatan.

Tidak ketinggalan juga, konsep self-sufficiency, atau self-sustainability yang semakin dipinggirkan pada hari ini.

Kesimpulannya, bukan soal siapa kita- peniaga, usahawan, pensyarah, guru, jurutera, buruh, pemandu bas, dan sebagainya, apa yang penting ialah pemantapan aqidah dan penerapan akhlak terpuji berlangsung dengan cemerlang.

Respon positif yang ustaz berikan tanda berpuas hati, menamatkan pembentangan hari itu. Alhamdulillah ia berakhir dengan baik.

slide-hoe
Kisahnya, nak siapkan slides ini pun sebenarnya ada cerita tragik yang dibantu Tuhan. Alhamdulillah.

 

 

DukkanMaya

Kelahiran DukkanMaya (kini boleh diakses di dukkanmaya.com )yang diasaskan pada awalnya, bersama seorang teman baik, adalah manifestasi kecintaan kepada keindahan interaksi dan muamalat dalam Islam. Harmoni. Saling melengkapi. Makmur. Itu impian kami.

Bermula di muka buku (fb.com/dukkanmaya), kami berdikit-dikit mengenal bidang ini, menjadi bilis yang terjun secara langsung lalu berenang di antara kawanan jerung dan paus yang menakutkan.

Saya takkan lupa setiap goresan yang telah mencorakkan diari perjalanan kami merentas samudera nan tak terjangka ini, juga kehadiran adik-adik yang setia mendokong dan menjadi saksi setiap keringat dan air mata yang tumpah sehingga saat ini.

Semoga Allah SWT memberkati langkah kami dan memandu kami ke jalan kebenaran yang Dia redhai.

Dan akhirnya, saya harap, berada di sini tak akan mengubah siapa saya sebenar, atau memaksa saya memakai topeng-topeng yang tak perlu.

fav-icon


Spread the word!

Related Post

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>