Memahami dengan Al-Qalb

Spread the word!

“Mereka mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya, dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”
Pernah terfikir, kenapa Allah gunakan perkataan “al-qalb” bersama perbuatan “tidak mahu memahami dengannya” ? Bukankah kita sering diajar, bahawa kita memahami sesuatu dengan akal dan fikiran? Bukankah saintis telah begitu taksub mengkaji struktur otak, bagi memahami bagaimana manusia berfikir?

Jika begitu, kenapa Allah guna “al-Qalb” dan bukannya “al-‘Aql?”

Kerana di dalam Islam, ada yang lebih utama dari ‘aqal fikiran manusia, iaitu hati. Al-qalb. Bezanya, antara insan yang berfikir menggunakan ‘aqal dan insan yang menggunakan al-qalb ialah: insan yang menggunakan ‘aqal akan membuat strategi perniagaan dan menipu manusia lain. Tetapi, insan yang menggunakan hati, akan mengatur strategi perniagaan, dan membantu manusia lain. Itu baru satu contoh, banyak lagi kalau hendak disenaraikan.

Hanya dengan hati yang sejahtera, qalbun salim, kita akan mencapai hikmah.

Ya, semua orang boleh jadi pandai, boleh dapat dean’s list, president’s list, sesiapa sahaja boleh ada PhD, 10 PhD sekalipun, tapi tak semua orang boleh ada hikmah.

Ustaz saya cakap, hikmah itu anugerah.

Tapi, saya percaya hikmah boleh dicapai kalau kita berusaha. Kan Allah dah janji, akan beri ganjaran bagi mereka yang berusaha? Setidaknya kita mencuba.

Rasulullah SAW bersabda: Hikmah itu, adalah harta yang hilang dari orang Mukmin. Di mana sahaja mereka temuinya, maka mereka berhak ke atasnya.


Spread the word!

Related Post