Momen Untuk Dikongsi

Spread the word!

Banyak ketika dalam kehidupan, kita akan bertanya diri ; tentang gagal dan berjaya. Kebanyakan waktunya, kita meletakkan sesuatu ukuran kejayaan dengan membandingkan diri dengan orang lain.

Manusia ialah makhluk yang gemar membuat ukuran.

Kita mengukur sebesar mana semesta, selaju mana cahaya, seluas mana lautan, setinggi mana gunung ganang, sebesar mana benua – setiap perkara dalam hidup kita mahu diukur, terutamanya kejayaan dan kegagalan.

Apatah lagi dengan orientasi akademi yang berteraskan bilangan A, tinggi rendah CGPA, dan tebal nipis sijil kokurikulum, kita boleh hanyut dalam ketaksuban mengejar kuantiti sehingga mengabaikan intipati yang mendasari ma’na hidup seorang insani yang punya keperluan jiwa, emosi, dan intelektual yang berbeza.

Saya percaya, bahawa setiap orang berhak diberi ruang untuk menjadi diri sendiri, selagi mana tidak bertentangan dengan prinsip tauhid dan syariah Islam. Kerana kehidupan ini pun, pada asalnya tidak akan wujud melainkan dengan izin Allah SWT. Justeru itu, adalah wajar untuk berkiblatkan Tuhan yang menciptakan kewujudan kita dalam setiap aspek kehidupan.

Meskipun halangan akan selalu datang. Dan kita, tidak jarang tewas.

Mungkin dengan berkongsi ruang dan momen singkat yang dianugerahkan kepada kita, ada kebaikan yang dapat dicapai bersama.

Jika ada yang berhasrat untuk membuka pintu kepada perkongsian ini, boleh isi maklumat yang diperlukan di bawah.

Momen Untuk Dikongsi
Boleh kongsikan apa matlamat dan objektif yang hendak dicapai?
Tempoh masa yang diperuntukkan untuk sesi
Bila rancang untuk adakan perkongsian
Di mana?
Mesej atau harapan yang ingin disampaikan

Spread the word!

Related Post