Qara’a: Satu Revisi Ringkas

Spread the word!

Tatkala menyebut tentang budaya membaca dalam Islam, kita tidak akan dapat lari dari memetik 5 ayat pertama surah Al-‘Alaq sebagai wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW sebagai hujah yang menyokong pendirian kita.

Namun, ramai yang tidak tahu bahawa perkataan qaraʼa di dalam Al-Qur’an membawa maksud jauh lebih dalam berbanding apa yang difahami oleh majoriti kita pada hari ini, baik golongan yang mengkhusus dalam bidang agama mahupun orang awam.

books-books-to-read-33242884-500-345

Syeikh Hamza Yusuf menyebut di dalam syarahannya yang berjudul How the Qur’an was Revealed and Compiled, perkataan Qur’an berasal dari untaian tiga huruf; qaf, ra’ dan ya. Untaian tiga huruf ini yang bermaksud bandar, membawa masuk unsur ketamadunan ke dalam istilah qaryun dan seterusnya qaraʼa.

Apa yang menarik ialah, perkataan qaraʼa tidak hanya bermaksud to read, tetapi juga to recite. Ia bukan sahaja mengandungi unsur penulisan bahkan juga elemen pendengaran. Barry Sanders, penulis buku A is for Ox malah menyebut, pendengaran ialah substratum kepada pembacaan. Syeikh Hamza juga menekankan bahawa Al-Qur’an ialah Qur’ān sebelum ia adalah sebuah Kitab, dengan erti, Al-Qur’an ialah sebuah aural book, iaitu buku yang didengari sebelum ia sebuah buku yang ditulis dan dibaca (Kitāb).

Ustaz Ayub Azhar Hamid juga mempunyai pandangan yang sama berhubung perkataan qaraʼa. Sebuah pandangan yang lebih dalam berbanding kebanyakan sudut pandang yang sedia wujud di dalam masyarakat hari ini.

Menurut Ustaz Ayub Hamid, seperti mana dinukilkan di laman sesawangnya ayubhamid.com, perintah Iqra’ yang diturunkan kepada Rasulullah SAW hendaklah ditafsirkan sebagai to recite lantas menjadi satu signal bahawa Rasulullah SAW bakal menerima tanggungjawab untuk menyampaikan isi kandung Al-Qur’an kepada seluruh umat manusia.  Sebaliknya, jika perintah tersebut diertikan hanya sebagai to read, ia membawa konsep bacalah Al-Qur’an seolah-olah untuk manfaat peribadi sahaja, tanpa menyebarkannya kepada orang lain. Dan ini adalah miskonsepsi yang berlaku secara meluas dalam masyarakat. Hal ini kerana, jika kita bersetuju bahawa apa yang dimaksudkan oleh perintah Iqra’ sebagai to read, bagaimana kita mendepani hakikat bahawa Rasulullah SAW kekal sebagai ummi sehingga ke akhir hayatnya? Tidakkah dengan perintah Al-Qur’an tadi telah mewajibkan ‘membaca’ ke atas setiap ummat Islam?

Justeru itu, saya bersetuju dengan kedua-dua pandangan di atas yang mentafsirkan perintah Iqra’ sebagai to recite lalu menjadi satu titik mula kepada perintah menyebarkan Islam ke seluruh alam .

Tradisi keilmuan pada awal perkembangannya tidak dimulakan dengan pembacaan, tetapi pendengaran. Jika kita perhatikan ayat-ayat Al-Qur’an, kita akan mendapati hampir di setiap keadaan, Allah SWT mendahulukan pendengaran ke atas penglihatan.

17_36
Surah Al-Isra': 36

 

 

Dan ini adalah hakikat yang selalu kita terlepas pandang; kita sangat berhati-hati dalam memilih bahan bacaan untuk anak-anak kita yang sedang membesar, tanpa memerhatikan apa yang mereka dengar saban hari.

read

Orang zaman dahulu tak belajar tinggi-tinggi macam kita pun. Tak baca buku masuk pertandingan nilam menang peringkat kebangsaan pun. Sebab membaca, bukan hanya menggunakan buku. Manusia membaca alam, membaca jiwa, membaca emosi dan hidup berlangsung di luar kulit buku. Biar setinggi menara KLCC pun buku yang dah kita khatam segala, tak bermaksud kita lebih hebat dari orang tak membaca.

*Artikel ini boleh dibaca di Majalah Xcentrique Edisi May 2015 yang bakal diterbitkan oleh Ghuraba’ Productions. Ayuh, dapatkan majalah online yang diusahakan oleh sekumpulan anak muda yang bersemangat waja dan tunjukkan sokongan anda kepada bakat-bakat baru ini, inshaAllah!


Spread the word!

Related Post

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>