Sesi Perkongsian – 21 Mac 2017

Spread the word!

Program : Alam Kampus

Anjuran : Masjid Kampung Sijangkang dan ISRAK UIA

Tempat : UIA Gombak

Tarikh : 21 / 3 / 2017

Banyak ketika dalam kehidupan, kita akan bertanya diri ; tentang gagal dan berjaya. Kebanyakan waktunya, kita meletakkan sesuatu ukuran kejayaan dengan membandingkan diri dengan orang lain.

Manusia ialah makhluk yang gemar membuat ukuran.

Kita mengukur sebesar mana semesta, selaju mana cahaya, seluas mana lautan, setinggi mana gunung ganang, sebesar mana benua – setiap perkara dalam hidup kita mahu diukur, terutamanya kejayaan dan kegagalan.

Apatah lagi dengan orientasi akademi yang berteraskan bilangan A, tinggi rendah CGPA, dan tebal nipis sijil kokurikulum, kita boleh hanyut dalam ketaksuban mengejar kuantiti sehingga mengabaikan intipati yang mendasari ma’na hidup seorang insani yang punya keperluan jiwa, emosi, dan intelektual yang berbeza.

 

1

Saya percaya, bahawa setiap orang berhak diberi ruang untuk menjadi diri sendiri, selagi mana tidak bertentangan dengan prinsip tauhid dan syariah Islam. Kerana kehidupan ini pun, pada asalnya tidak akan wujud melainkan dengan izin Allah SWT. Justeru itu, adalah wajar untuk berkiblatkan Tuhan yang menciptakan kewujudan kita dalam setiap aspek kehidupan.

Meskipun halangan akan selalu datang. Dan kita, tidak jarang tewas.

Tuhan berjanji untuk memaafkan, andai taubat kita panjatkan.

Perkongsian 21 Mac lepas, telah bermula dengan perbincangan tentang erti gagal dan berjaya. Dengan harapan, adik-adik remaja kita dapat menyedari konsep gagal vs berjaya, dari awal usia.

photo6246833841461372847

2

 

Saya cuma berharap yang keputusan untuk mengatur langkah semula, dapat menjadi pemadam dosa yang telah terlalu panjang senarainya.

Allahul musta’an.

3c3a4696-af95-4343-9226-13f9bb70d43c

 Terima kasih pihak penganjur.


Spread the word!

Related Post