Three Questions : Motivation – Part I

Spread the word!

Bismillah. So I promised to all of you that I will choose three questions and answer them here. First of all, my apologies for the late response, as I fell sick soon after I made the posts, and it was the final week of academic days, so, was very busy with presentations and assignments.

Alright.

Three Questions. I will try my very best to retain the original structure and words used by respondents.

***

Soalan 1: Macam mana kita nak sentiasa kuat, positif, ceria, bersyukur dan sentiasa nak memperbaiki diri dalam kehidupan yang kita jalani ? sebab emosi saya cepat sangat berubah. Hari ni saya semangat, esok saya down.. bagaimana ye ?

Secara asasnya, tentang motivasi. Ramai yang tanya tentang ini- bagaimana untuk kekal bersemangat dalam menjalani hari-hari?

Sejujurnya, saya pun mencari. Saya juga tak berani untuk mengaku bahawa jawapan telah saya temui. Tetapi saya tak percaya jawapan ada dalam mana-mana buku di librari. Saya yakin jawapan ada pada empunya diri. Ia berbalik kepada bagaimana seorang manusia meletakkan nilai dalam kehidupan sebagai makhluk yang punya keperluan fizikal, intelek dan ruhani. Semakin seimbang letak duduknya, semakin mudahlah mahu mengekalkan momentum motivasi.

Lagipun, semangat positif yang merangkumi sifat ceria, bersyukur dan sentiasa mahu memperbaiki diri ke arah yang lebih baik, ialah elemen-elemen murni yang akan selalu dimusuhi oleh tentera-tentera halus lagi bersemangat waja, pimpinan syaitan. Jadi, bolehlah jangkakan bahawa cabarannya bukan calang-calang.

Justeru, mungkin perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah – apa yang kita buat semasa di takuk yang rendah? Apabila emosi dan semangat sedang melemah, bagaimana kita mendepani detik tersebut?

Mari tanggapi keadaan itu sebagai peluang untuk bermuhasabah. Berfikir dan merenung keliling. Bertanya kepada Tuhan, dan tidak semena-mena mendapat ilham.

Oleh itu, tukarlah keadaan yang lemah itu kepada penghasilan sesuatu yang berkesan. Seperti sebuah puisi ; sajak misalnya, buah fikiran, atau kesedaran yang menghantar kita lebih dekat kepada Tuhan. Boleh juga berbentuk perbualan, monolog dalaman, tulisan, lukisan, larian, perjalanan (kecuali tiduran, sebab tiduran selalunya membuat manusia semakin depressed), atau pengharapan.

Sehingga ada senyum yang terukir di tubir hati, menjelang penghujung hari yang suram, .

Bumi ini bulat, umpama roda. Ada kala kita di atas, ada masa kita di bawah.

Lumrah.

Saya juga tidak terlepas dari terjatuh dan berdarah, cedera dan luka parah.

Kita semua, berkongsi ruang yang sama. And wound is our common denominator.

Justeru, kita perlu saling menguatkan. Bukan saling menolak dan menepis serangan, atau ujian. Kita sama-sama teguhkan pertahanan, bukan saling menikam belakang dan menjatuhkan hukuman.

Setelah apabila suasana harmoni berjaya diwujudkan, kita tidak perlu bertanya lagi – bagaimana untuk kekal bermotivasi?

 


Spread the word!

Related Post

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>