Tin Penuh Tin Kosong

Spread the word!

Tak semua diam itu adalah kebodohan. Tak semua percakapan itu kebijaksanaan. Sayangnya, sejak kecil lagi kita diajar untuk bercakap. Kita dimomokkan bahawa setiap orang perlu bercakap, dan orang yang paling outspoken adalah yang terbaik. Semua orang perlu ‘mahu’ untuk jadi individu yang petah bercakap. Pelbagai kursus ‘bercakap’ dan ‘pengucapan umum’ muncul bagai cendawan selepas hujan, bagi mengkaderkan anak-anak di usia sekolah rendah untuk bercakap.

Kita terlupa bahawa manusia ini sekurang-kurangnya ada dua jenis; introvert dan extrovert (sometimes spelled as extravert). Kenapa perlu memaksa anak-anak untuk bercakap, seolah-olah menjadi seorang pendiam itu adalah satu kekurangan? Akhirnya, ramai anak-anak yang pada asalnya tidak mahu pun bercakap memaksa diri untuk bercakap. Melatih diri untuk memberi komentar dan mengajar diri untuk jadi responsif terhadap setiap isu yang timbul. Tidak kisah apa pun yang diujarkan, asalkan ada bunyi. Biar tampak bergaya sebagai seorang yang lantang bersuara, sekalipun suara itu sebenarnya langsung tidak berasas dan tidak didasari oleh maklumat yang sahih.

Ramai yang mengaitkan kemahiran bercakap dengan tahap pemikiran seseorang. The less you can speak, the less you think. Kebolehan bercakap jadi medium untuk menguji pemikiran seseorang. Perhatikan bahawa perkataan yang digunakan ialah ‘kebolehan’. Saya tidak sama sekali menafikan bahawa ada ketika, kita memang dan perlu menilai seseorang melalui hujah yang dikemukakan. Tetapi apa yang saya maksudkan adalah, tidak semua orang yang tidak boleh bercakap adalah seorang yang tidak berguna. Berapa ramai pemimpin yang bicaranya mungkin tidak seindah mana, tetapi kerjanya jauh lebih baik dari mereka yang butir katanya disambut oleh tepukan gemuruh rakyat jelata?

Tidakkah pelik, jika kemahiran berfikir yang kita risaukan, kenapa ‘bercakap’ yang disuapkan? Bukankah lebih baik untuk mengajar anak-anak cara untuk berfikir? Kerana berfikir, tidak dapat tidak adalah kewajipan untuk setiap individu yang dianugerahkan akal sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran. Begitu juga kemahiran melihat dan mendengar.

6_50
Al-An’am:50

 

Ya, panggil saya defensif kerana saya juga temasuk dalam kategori individu introvert. Seorang pelajar yang tidak pernah mengerti seni pengucapan umum. Ketika di sekolah menengah, saya pernah menyertai pertandingan syarahan peringkat sekolah. Itu satu-satunya kenangan yang ada, dan saya tidak pernah pergi jauh.

Tetapi agak menghairankan, apabila saya diminta untuk memberikan ceramah di hadapan audiens yang kadangkala mencecah ribuan orang, saya hilang gugup dan boleh berleter berjam-jam lamanya. Sehingga saya ditanya soalan: “Memang biasa bercakap di khalayak ramai ya?” Saya sendiri tak sangka. Namun, saya perasan, setiap kali pulang dari tempat-tempat program, saya berasa sangat penat dan memerlukan perbualan yang bersifat lebih personal.

Meningkat dewasa, saya semakin memahami nature seorang introvert. Kredit kepada penulis buku berjudul Quiet, Susan Cain. (Walaupun buku tersebut tidak pernah saya khatamkan). Saya akhirnya tahu saya tidak sendirian.

“At least one-third of the people we know are introverts. They are the ones who prefer listening to speaking; who innovate and create but dislike self-promotion; who favor working on their own over working in teams. It is to introverts—Rosa Parks, Chopin, Dr. Seuss, Steve Wozniak—that we owe many of the great contributions to society. ”

Saya cumalah satu suara kecil dalam kelantangan suara dunia yang ada. Apa yang saya kemukakan adalah hasil pengalaman dan pengamatan saya sendiri. Ada ramai lagi anak-anak introvert di luar sana yang memerlukan teknik yang betul agar potensi mereka dapat digilap dengan menjadi diri sendiri, tanpa perlu memakai topeng atau menafikan identiti diri.

caring for introverts
Source: here

 

Saya percaya, bahawa masyarakat yang responsif dan reaktif tidak semestinya menggambarkan mentaliti yang tinggi. Setiap isu yang timbul, harus terlebih dahulu jadi cermin yang memberi refleksi ke dalam diri sebelum seseorang individu membuat keputusan untuk mengeluarkan pendapat dan komentar.

Kedengaran terlalu ideal dan tidak relevan di tengah-tengah dunia yang umpama murai berkicauan ini, bukan? Apatah lagi dengan kelajuan maklumat tersebar di hujung jari, tak sempat kelip mata, tahu-tahu dah jadi viral seluruh dunia.

Jadi apa?

Tak bermaksud kita perlu jadi sama, kan, ghuraba’?

 


Spread the word!

Related Post

2 Comments