Untaian noktah yang akan terus disambungkan selagi nafas masih dipinjamkan.

Oleh Nik Nur Madihah

Antologi refleksi peribadi yang dikumpulkan dan dihubungkan buat pedoman kepada diri sendiri untuk menjalani hari mendatang.

Refleksi untuk memahami kumpulan keputusan dan pengalaman yang Tuhan izin dan suratkan.

Muka Surat
Noktah
Catatan
Lukisan Abstrak
Dan hari ini, saya kembali membacanya lagi kerana pengalaman membacanya bukan sahaja mengasyikkan bahkan lebih penting memberi satu kemanisan dalam meraih pengajaran yang saya kira mampu memberi anjakan paradigma dalam kehidupan. Sungguh, buku ini adalah satu meditasi yang berguna, cubalah membacanya.
M Tarmizi
Ada Apa Dengan Buku

Ada apa dengan Noktah Terjahit ?

Noktah- apakah ia sebuah pengakhiran?

Adakah Noktah Terjahit ialah lambang kegagalan bertukar kejayaan, atau kepahitan bertukar kemanisan? Adakah padanya terkandung penyesalan dan kekecewaan yang mahu disingkirkan?

Bukan.

Noktah cuma perhentian yang mungkin disempurnakan masa, atau tempat, atau apa sahaja, tetapi masih tersimpan kemas untuk penggalian hikmah yang akan berterusan.


Terjahit, bagi menggambarkan sebuah keadaan, yang berlaku dengan kata kerja tak transitif. Sebab meskipun setiap kejadian adalah hasil cerapan dan pilihan manusiawi, pada hujungnya kita mengakui aturan Tuhan yang tidak mampu disangkal lagi.


Jenguk sebahagian isi buku Noktah Terjahit

Pada noktah terakhir, Warkah Untuk Perempuan, setiap gadis yang membaca catatan ini akan berasa seperti berada dalam pelukan seorang kakak yang sedang menasihati adik perempuannya dengan penuh cinta. Setiap patah katanya menumbuhkan harapan, memberikan kekuatan dan menjadikan kita istimewa sebagai perempuan dengan memahami erti menjadi seorang perempuan.
N Mustika Adriena
Konfess Buku

Dapatkannya walau di mana anda berada

Buat pembelian di DukkanMaya untuk menyokong penulis secara langsung.

Harga : RM 25 senaskhah

  • Autograf penulis
  • Pesanan yang dititip khusus mengikut permintaan anda
  • Tanda Baca - Kad 'Read, and Stay Humble'