Koleksi Reviu Noktah Terjahit

Noktah Terjahit, buku sulung saudari Nik Nur Madihah yang berkongsi fasa-fasa kehidupan dalam meniti kedewasaan. Kitaran hidup di dunia, adakala kita di atas, selesa dengan pelbagai kesenangan, adakala kita di bawah, ditimpa pelbagai kesulitan. Sama ada kita sedang berada di atas atau di bawah tidaklah penting. Apa yang penting, kita terus menjalani kehidupan dengan keyakinan dan cinta.

Melalui enam noktah yang melengkapi buku ini, dapat dirumuskan bahawa penulis mengajak kita berdamai dengan setiap kesulitan yang dialami dalam hidup, tempuhilah dengan tenang. Dan berdamailah dengan setiap kebodohan kita pada masa lalu yang sebolehnya mahu dihapus dari ingatan. “Kita tidak hina kerana banyaknya parut luka. Kerana Tuhan selalu ada untuk menerima penyesalan kita.”- muka surat 31

Firman Allah dan kalam Nabi Muhammad SAW yang ‘dijahit’ pada setiap penghujung catatan mengukuhkan lagi isi penulisan beliau. Sekaligus menggambarkan kepentingan kedua-duanya dalam kehidupan seorang Muslim. Dinyatakan dalam prakata bahawa hadis yang dikongsi boleh disemak matannya dari laman web sunnah.com. Ini menunjukkan penulis tidak memasukkan hadis dengan sewenang-wenangnya. Masyarakat memerlukan lebih ramai penulis yang berhati-hati seperti beliau jika memasukkan hadis dalam penulisan, kerana berdusta atas nama nabi termasuk salah satu dosa besar.

Pada noktah terakhir, Warkah Untuk Perempuan, setiap gadis yang membaca catatan ini akan berasa seperti berada dalam pelukan seorang kakak yang sedang menasihati adik perempuannya dengan penuh cinta. Setiap patah katanya menumbuhkan harapan, memberikan kekuatan dan menjadikan kita istimewa sebagai perempuan dengan memahami erti menjadi seorang perempuan. Buku ini sangatlah baik untuk dimiliki oleh semua perempuan terutama perempuan yang sedang meningkat hidup.

Dicatat oleh :

Nur Mustika Adriena

6 Januari 2018|Alor Setar

Pautan Asal: Klik sini.

Ulasan buku daripada pelajar tingkatan 5, SMK Seri Gunung, Kedah – Muhd Syukeri. Seorang yang sangat cintakan buku 

#JelajahKancil Jejak Tarbiah di utara.

Buku Noktah Terjahit ni pada saya sangat unik dan menarik because first saya tengok buku ni saya tertarik dengan cover buku ni….dia seolah-olah macam butang yg terjahit dan tajuk dia NOKTAH TERJAHIT ….so saya macam tertarik nak membeli dan membaca.

Dan apa bila saya mula membaca saya rasa buku ni agak menarik sebab keseluruhan cerita ni berdasarkan coretan hidup peribadi akak Nik Nur Madihah yg merupakan seorang top student….dan bila mula baca baru saya faham noktah terjahit ni dia merangkumi peristiwa-peristiwa yg pernah berlaku dlm kehidupan Nik Nur Madihah yg cuba di jahit ( sambung ) dlm sebuah buku ….dan buku ni merupakan buku refleksi diri Sang Penulis…dan bila saya baca pon seolah-olah rasa diri saya juga turut di refleksikan.

Dan apa yg menarik lagi ….buku ni dia turut di gaulkan dengan kata-kata hikmah tokoh Islam macam saidina Ali r.a dan Buya Hamka kalau tak silap saya la ….dan turut mengandungi ayat-ayat Al-Quran dan susunan hadis yang sesuai dengan tajuk di setiap bab….dan hadis ini di catat dengan teliti dengan nombor dan perawi dia ….so senang org nk rujuk ….

Dlm buku ni juga ada lukisan yg tak bewarna dan sangat menarik sbb bila baca buku ni mcm baca buku English sbb lukisan dia tu selalunya ada dlm novel or buku-buku motivasi dari barat (selalunya la ) dan bab yg pling menarik bgi saya dlm buku ni adalah NOKTAH 6 : WARKAH UNTUK PEREMPUAN , dlm bab ni dia banyak sentuh tentang perempuan dan membela perempuan …walaupon saya ni seorang lelaki tpi saya tertarik untuk membaca buku yg mcm ni sebab saya rasa buku ni sesuai untuk para remaja masa kini untuk membaca sebab dlm buku ni dia banyak sentuh pasai kehidupan so sangat sesuai untuk remaja ke atas untuk baca

Kesimpulannya buku ni bkan saja sebuah refleksi diri untuk pengarang sahaja tapi untuk para pembaca yg membaca tu sama. tq JEJAK TARBIAH sbb kenalkan saya dengan buku-buku yg baru dan menarik mcm ni. .hope jejak tarbiah akan lebih lagi menerbitkan buku 2 baru dan terus jadi agen penyebaran ilmu.

Dicatat oleh:

Mohd Syukeri

Mac 2018 | SMK Seri Gunung

Pautan Asal: Klik sini.

Rantaian enam noktah yang bersambungan dengan memerikan 23 catatan kehidupan dalam kerangka refleksi diri; penulis buku ‘Noktah Terjahit’ berupaya menyampaikan buah fikirnya dengan cermat.

Pemilihan patah kata ketika membentuk setiap ayat begitu teliti. Banyak susunan kata-katanya dapat dipetik menjadi kata semangat yang indah.

Saya sukar percaya, gadis kelahiran Kelantan yang semudanya itu mampu menggarap ayat penuh makna seperti bahasa orang lama.

Penulis gemar memilih berada di posisi orang dewasa ketika menyampaikan butir nasihat, misalnya menjadi insan berwatak keibuan, berwatak keguruan, berwatak kakanda dengan nada seorang da’ie.

Saya kira, anak muda yang pernah ditulis kisahnya dalam buku ‘Permata Generasi Rabbani’ ini berbakat besar.

Keupayaannya mengadaptasi pemikiran, pengalaman, pengamatan, dan bacaan luasnya secara kritikal dalam karya sulongnya ini mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca.

Selamat membaca.

#MalaysiaMembaca

Dicatat oleh:

Luqman Hidayat

Pautan Asal: Klik sini.

Selesai sahaja membaca Noktah Terjahit, terus dirampas oleh Muadz.

Mula membacanya semasa anakanda ini tidur petang tadi. Keindahan bahasa, rencamnya kosa kata yang digunakan menjadikan isi penulisan yang berat dirasakan ringan dan difahami.

Petiklah mana mana majoriti ayat dan perenggan. Kekuatan ayatnya mampu berdiri sendiri dan dijadikan kalam inspirasi.

Menempatkan nas Quran, Hadith serta kalam hikmah di penghujung setiap catatan amat bertepatan, seolah olah catatan itu merupakan tadabbur penulis terhadap setiap ayat Qurani dan kalam Nabi.

Tahniah kepada penulis Nik Nur Madihah. Tahniah kepada Jejak Tarbiah atas penerbitan yang kemas.

#Noktahterjahit

Dicatat oleh:

Muhammad Shah Ahmad Nor

Pautan Asal: Klik sini.