Assalamualaikum wbt.

Kami mencari volunteers untuk terlibat secara langsung dalam penganjuran acara yang khusus untuk perempuan sahaja inshaAlah.

Program pada setiap pagi Ahad inshaAllah, sebanyak 8 kali.

Akan dikendalikan oleh saya sendiri inshaAllah, dengan menggunakan buku Noktah Terjahit.

Ini adalah lanjutan dari penganjuran Bicara Noktah Terjahit tempoh hari. Kami berhasrat untuk mengadakan sesi pertemuan berkala, agar lebih banyak perkara dapat dikupas dan dibincangkan bersama inshaALLAH.

Maka, kami berharap untuk engage adik-adik yang berminat untuk terlibat secara langsung, inshaAllah:

Jadi, jika anda seorang:

1- Perempuan
2- Pelajar bidang Al-Qur’an & As-Sunnah UIA, Tahun 1 atau 2 (kami punya sebab untuk ini, akan dijelaskan kelak)

Dan mempunyai kriteria berikut:
1- Berdedikasi dalam memberikan komitmen
2- Bermotivasi tinggi untuk belajar perkara baru
3- Berminat untuk memperkasa sesama perempuan dengan pengertian yang hakiki, dan bukan ikut-ikutan

Kami jemput untuk menjadi sebahagian dari kami untuk menganjurkan program ini inshaAllah.

Jangan risau kalau tiada pengalaman, kita saling bahu membahu inshaAllah.

Sekiranya anda berminat untuk menghulurkan tangan kerana berkongsi aspirasi yang sama, dan mempunyai semua kriteria di atas, cuma bukan pelajar bidang Al-Qur’an & As-Sunnah UIA, boleh juga tinggalkan maklumat di borang tersebut.

We’ll see what else we can do together, biizniLlah.

Sebar-sebarkan. Terima kasih!

Deadline of submission: Sabtu – 7 Muharram 1441, 9.00 malam inshaAllah.