Perkenalkan Diri

Saya mengalu-alukan para pembaca untuk memperkenalkan diri masing-masing di sini. Anda boleh menuliskan apa sahaja yang terlintas di fikiran, selagi tidak bercanggahan dengan prinsip agama dan moraliti insani. Saya selalunya akan meneliti setiap patah yang dihantar dengan hati-hati, meskipun jarang menulis kembali. Tetapi saya percaya, setiap aksara yang disulam ketulusan tetap saling berbicara walau tanpa sebarang balasan nyata.

Terlalu mengagumi lautan dan menemui kedamaian di sebalik ganasnya badai yang menghempas daratan. Walau pernah menjejakkan kaki ke jazeerah arabiah, dan bumi empat musim, tetap keindahan semenanjung nusantara dan samudera birunya tiada tandingan.

Kerana pantai adalah azimat yang akan selamanya disimpan anak nelayan, walau ke benua mana pun kaki dihayunkan. 

“Sepertimana kecintaan yang beliau tinggalkan terhadap ombak dan laut; yang setia menghempas pantai dan meninggalkan kebasahan ke atas tanah. 

Sesementara lukisan yang diukir di atas tanah kemudian dibasuh oleh air laut yang bergelombang, sekejap itulah realiti kehidupan dunia.

Sebentar sahaja. Sekelip mata.” 

(Noktah Terjahit)

Salam Perkenalan!