Jiwa kita bersuara, setuju?
Dan suara jiwa selalu jujur dan ikhlas, setia.
Setia menuturkan apa yang kita rasa.
Sedangkan bahasa kita; bahasa manusia, bahasa lidah kadangkala diterhadkan indera.
Cuma perantara.
Bahkan, pada banyak hal, ia berdusta.
Berpura-pura. Memakai topeng muka aneka warna.

Suara jiwa, adalah suara terdalam yang difahami dan didengari oleh insan tertentu sahaja.
Insan yang berkongsi suka, duka, derita, cerita, senyum dan tawa.
Insan yang mahu berani membuka mata dan telinga.
Untuk menghadapi kebenaran yang dibisikkan oleh suara halus yang terbit dari sukma.
Sebab pada banyak ketika, kebenaran lebih sukar untuk dihadam berbanding kepalsuan yang direka-reka.
Dan kita manusia, memilih untuk menipu diri sendiri demi menyenangkan kerja.


np-1

🙂

Siri Suara Jiwa ialah siri istimewa yang saya dan teman di dukkanmaya mahu kongsikan dengan anda semua.
Siri ini terbit dari kesedaran kami untuk menjentik sesuatu yang bermakna, sekalipun kecil di pandangan mata.
Maka kami bermula juga, walau dengan sekecil-kecil perkara.
Kerana kami percaya, setiap yang gergasi bermula dari seremeh-remeh dan seringan-ringan zarah yang tak terbahagi dua.

Kami mulakan dengan sebuah buku nota kecil.
Dan akan dituruti lagi dengan yang lain-lain nanti inshaAllah.
Kulit buku direka oleh saya sendiri, maka ya, saya memang telah meletakkan sekelumit jiwa di situ.

Perincian:

  • Buku nota kecil saiz A6
  • 140 muka surat
  • Kertas kosong putih 70gsm
  • RM 5 seunit tak termasuk kos penghantaran

Untuk batch pertama, kami tak hasilkan banyak.
Sekadar meluahkan suara dengan sederhana.
Tapi ini projek peribadi, maka kami memang berusaha.

np-3

Saya telah serik bertemu naskhah-naskhah, tulisan dan suara, yang diterbitkan atas nama saya tanpa persetujuan, bahkan pengetahuan saya sendiri.
Saya harap kali ini tidak ada yang akan memanipulasi.
Jadi, harus ada langkah-langkah yang kami atur dengan hati-hati.

Pemesanan hanya boleh dibuat di dukkanmaya.com dan niknurmadihah.com.

Untuk 100 unit pertama ini, jika ada yang mahu buat apa-apa permintaan dan ucapan yang spesifik, inshaAllah akan saya tunaikan. 🙂

There is no form selected or the form was deleted.

Terima kasih dan jumpa lagi!