Showing: 1 - 10 of 20 RESULTS
Nota Hidup

Menyebak Noktah Mengurai Resah

“Ini apa macam ni?!” Suaranya bak halilintar memecah hening. Kelas kami terasa dingin, seram sejuk. Saya menunduk kelu. Lesu.

“Patutlah semua orang tak nak bangun hantar kertas jawapan lagi…” saya berbisik di dalam hati.

Saya mencongak di dalam fikiran, entah …

Karya Fiksi

Surat Untuk Perempuan (10)

Assalamualaikum wbt,

Salam mahabbah bersulam sakinah buat adinda dan seluruh penyejuk hati di kampung halaman. Apa khabar dinda? Kudoakan segalanya baik-baik sahaja.

Aku menghantar berita dari negeri jiran, tidak jauh, tidak juga dekat. Hendakku pulang tidaklah kesampaian langkah kaki, tetapi …

Karya Fiksi

Surat Untuk Perempuan (9)

Assalamualaikum wbt,

Salam kerinduan sesetia bintang di dada malam, buat adinda yang sedang menikmati keindahan Laut Cina Selatan. Hati-hati adinda, ombak dua tiga musim ini garang-garang, membadai tanpa amaran.

Bagaimana keadaanmu di samping nakhoda yang baru dilantik dua tiga purnama …

My Projects

Siri Suara Jiwa

Jiwa kita bersuara, setuju?
Dan suara jiwa selalu jujur dan ikhlas, setia.
Setia menuturkan apa yang kita rasa.
Sedangkan bahasa kita; bahasa manusia, bahasa lidah kadangkala diterhadkan indera.
Cuma perantara.
Bahkan, pada banyak hal, ia berdusta.
Berpura-pura. Memakai topeng muka …

Karya Fiksi

Surat Untuk Perempuan (8)

Assalamualaikum wbt,

Salam ketabahan buat adinda yang diingati selalu, walau warkah tidak lagi sekerap dahulu.

Apa khabar dirimu ? Bagaimana persiapan menanti hari kebesaranmu tidak lama lagi ?

Semoga baik-baik semuanya.

Kanda menghantar senyuman dan pelukan mesra dari kejauhan agar …

Karya Fiksi

Surat Untuk Perempuan (7)

Assalamualaikum wbt,

Salam seribu kekuatan buat adinda yang tak lekang dari ingatan.

Apa khabar dirimu, jiwamu, akal dan imanmu? Semoga sejahtera semuanya.

Kanda menghulur salam kekuatan, sementara menanti kepulanganku tidak lama lagi.

Jarak yang memisahkan kita akan dipadamkan, dan aku sedang …

Karya Fiksi

Surat Untuk Perempuan (6)

Assalamualaikum,

Salam sejahtera untuk adinda yang telah membisik risau di cuping telingaku. Aku mengesani kebimbangan yang kau hantar dari tajamnya angin semalam yang tiba dari jihat Timur.

Usahlah kau gundahkan keadaanku lagi.

Aku baik-baik sahaja.

Ok, tipu.

Ya, tahu.

Adinda, …

Karya Fiksi

Surat Untuk Perempuan (5)

Assalamualaikum wbt,

Salam penuh mahabbah buat adinda, yang kanda terka sedang bergelut menghadapi tengkujuh nun di timur tanah air. Garangkah ombak tahun ini, dinda? Apa taufan mengganas lagi? Kanda doakan semuanya baik-baik sahaja di sana, semoga bah kuning tidak mengukir …